Jumaat, November 02, 2012

Adakah anda tahu?

Apa yang anda tahu tentang fakta-fakta semasa? Berapa ramai pengguna internet semasa? Berapa ramai pengguna Facebook terkini? Dan pelbagai lagi fakta berkaitan budaya dan isu masyarakat yang berlaku pada masa kini. Persembahan multimedia (dipetik dari Youtube) ini akan membantu anda untuk memahami beberapa fakta yang seharusnya anda tahu sebagai seorang Netizen.



Adakah Anda Tahu? (Did You Know?) asalnya bermula sebagai persembahan PowerPoint untuk mesyuarat fakulti pada bulan Ogos 2006 di Sekolah Tinggi Arapahoe di Centennial, Colorado, Amerika Syarikat. Pembentangan merebak di Internet antara Februari hingga Jun 2007, telah dilihat oleh sekurang-kurangnya 5 juta penonton online. Hari ini, versi lama (dan baru) pembentangan dalam talian ini telah dilihat oleh sekurang-kurangnya 20 juta orang, tidak termasuk lain-lain yang telah melihatnya pada persidangan, bengkel, institut latihan, dan tempat-tempat lain.

Laman web http://shifthappens.wikispaces.com/ memberitahu lebih lanjut mengenai bagaimana persembahan yang ringkas ini menyebar ke seluruh dunia (yang pastinya bukan niat asal) dan menyediakan kredit yang lengkap untuk versi ini dan versi sebelumnya. Seperti yang anda lihat, terdapat banyak maklum balas (kedua-dua positif dan negatif) tentang persembahan ini.

Versi kemaskini untuk 2012 ini telah dicipta oleh David S. Rose (@davidsrose) untuk digunakan dalam program Kewangan, Keusahawanan dan Ekonomi di Singularity University (singularityu.org). Semua penyumbang kepada persembahan ini percaya bahawa hanya melalui perbualan, dan tindakan berterusan akan memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.

"Did You Know? / Shift Happens" dilesenkan oleh David S. Rose, Karl Fisch, Scott McLeod, dan XPLANE di bawah lesen Creative Commons Attribution Non-Commercial Share-Alike. Anda bebas untuk menyalin, mengedar, menggubah dan berkongsi persembahan ini selagi anda memberi penghargaan kepada pencipta asal dan berkongsi hasil kerja itu di bawah lesen yang sama. Anda tidak boleh menggunakan persembahan Did You Know? ini untuk tujuan komersial tanpa kebenaran daripada pencipta. (Perhatikan bahawa trek audio untuk persembahan ini adalah tertakluk kepada hak cipta dan mungkin perlu dilesenkan secara berasingan.)

Jumaat, Oktober 26, 2012

Bagaimana Pengguna Menghabiskan Masa di Internet?

Bagaimana anda menggunakan (menghabiskan) masa di internet? Secara realiti, majoriti pengguna yang melayari internet adalah di kalangan remaja yang banyak menghabiskan masa untuk 'bersosial' secara maya. Kebetulan penulis menjumpai info menarik mengenainya yang dibuat secara bergrafik (infographic).

How People Spend Their Time Online

Kredit: GO-Gulf.com


Adakah anda Tahu
Pengguna yang online adalah seramai 2,095,006,005 (2 billion) bersamaan 30% daripada Penduduk Dunia.
Masa dihabiskan di atas talian untuk tempoh sebulan adalah 35,000,000,000 jam (35 Bilion jam) yang bersamaan dengan 3,995,444 tahun.
Pengguna internet di Amerika Syarikat secara purata menghabiskan 32 jam di internet setiap bulan. Ini adalah dua kali ganda daripada masa yang dibelanjakan oleh pengguna Internet Global iaitu 16 jam sebulan.
Asia mempunyai penduduk tertinggi dalam talian iaitu seramai 922,329,554 pengguna dalam talian manakala Amerika Utara mempunyai kadar penembusan tertinggi online iaitu 78.90%.
China mempunyai bilangan tertinggi pengguna Internet iaitu seramai 456,238,464 (34.30%) daripada jumlah penduduk dunia.
Social networking adalah aktiviti yang paling memakan masa untuk pengguna internet. Satu pengguna internet biasanya akan menggunakan kira-kira 22% daripada masa di laman rangkaian sosial, 21% pada carian, 20% pada kandungan membaca, 19% ke atas e-mel dan komunikasi, 13% pada tapak multimedia dan 5% untuk membeli-belah dalam talian.
92% daripada pengguna Internet telah menggunakan Internet untuk menghantar e-mel dan untuk menggunakan enjin carian, 83% untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan kesihatan atau hobi, 82% untuk mencari arah, 81% untuk mendapatkan informasi cuaca, 78% untuk maklumat mengenai produk-produk baru, 76% untuk membaca berita, 72% untuk hiburan dan 71% untuk membeli-belah dalam talian.
Google adalah laman web yang paling banyak dikunjungi dalam talian manakala, Facebook pula adalah laman yang paling banyak memakan masa pengguna internet. Pengguna Facebook biasa lazimnya menggunakan kira-kira 7 jam, 45 minit dan 49 saat setiap bulan di Facebook. Anda pula bagaimana?
Beberapa Fakta yang lebih menarik
Lebih daripada 56% pengguna Rangkaian Sosial telah menggunakan laman Rangkaian Sosial untuk mengintip rakan-rakan mereka.
Pengguna Brazil mempunyai jumlah rakan-rakan tertinggi dalam talian (secara purata 481 rakan-rakan setiap pengguna) manakala Jepun mempunyai purata kira-kira hanya 29 rakan.
Pengguna Cina menghabiskan masa maksimum lebih daripada 5 jam seminggu dalam talian membeli-belah.
Lebih daripada 1 Bilion pengguna melakukan carian (searching) sehari melalui laman Google.
4 Bilion lawatan dicatat setiap hari di Laman Web Perkongsian Video YouTube. (Tapak Rangkaian Sosial)
Video melebihi 60 jam dimuat naik setiap minit ke YouTube.
Lebih daripada 250 Juta Tweets sehari.
Lebih daripada 800 Juta kemas kini di Facebook setiap hari.
Informasi khidmat terbaik di sesuatu lokasi dan TV interaktif akan menjadi trend yang paling popular pada masa hadapan dengan kadar pertumbuhan sebanyak 27% diikuti oleh Perbankan Internet yang semakin meningkat pada kadar 19% setahun.

Rabu, Oktober 17, 2012

Browsing vs Searching

Boleh dikatakan secara umumnya kebanyakan pengguna internet global lebih gemar browsing apabila melayari internet. Browsing sebenarnya merujuk kepada melayari internet secara tidak teratur atau terancang melalui pelbagai cara seperti melalui katakunci enjin carian (search engine), iklan laman web, dan pautan katakunci dari laman sebelumnya.



Individu yang melakukan browsing lazimnya berbeza dengan yang melakukan searching. Jika searching (carian) lazimnya meletakkan matlamat jelas apa yang mahu dicapai, browsing pula adalah melakukan carian secara tidak formal dengan tidak metakkan matlamat spesifik kepada apa yang hendak dicapai. Lazimnya individu yang suka atau terdorong kepada aktiviti browsing, sering berakhir dengan melayari internet terlalu lama tanpa sebarang hasil capaian spesifik. 

Walau bagaimanapun, aktiviti browsing ini tidak selalunya buruk. Individu yang gemar browsing, lazimnya secara tidak langsung terdedah dengan pelbagai informasi umum yang menjadikanya lebih fleksibel dan prihatin dengan pelbagai isu semasa. Bergantung kepada individu sama ada browsing atau searching, kedua-duanya boleh mengarah kepada kebaikan selagi individu itu terdidik dengan etika ketika melayari internet.

Ahad, Oktober 14, 2012

Statistik pengguna Internet Malaysia 2011

Dengan pelbagai inisiatif yang ditawarkan kerajaan serta pelbagai pakej promosi oleh pembekal-pembekal internet, jumlah pengguna internet di Malaysia dilihat semaik meningkat saban tahun.



Statistik terkini yang diperoleh dari internetworldstats.com jumlah terkini pengguna internet di Malaysia adalah seramai 17,723,000 (sehingga 31 Disember 2011). Ini bermaksud 61.7 % rakyat Malaysia kini sudah memiliki akses kepada internet (daripada 28,728,607 jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2011). Daripada jumlah ini pula, 12,365,780 pengguna di Malaysia mempunyai akaun di Facebook (43% jumlah penduduk Malaysia)

MALAYSIA
MY - 28,728,607 population (2011) - Country Area: 329,758 sq km
Capital City: Kuala Lumpur - population 1,627,172 (2011)
17,723,000 Internet users as of Dec.31, 2011, 61.7% penetration, per ITU.
12,365,780 Facebook users on Mar 31/12, 43.0% penetration
Credits: http://www.internetworldstats.com

Sabtu, Oktober 13, 2012

Pengenalan Laman

Mungkin ramai yang kurang jelas istilah Netizen yang digunakan di laman ini. Netizen, bukanlah suatu istilah baru baharu dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu). Netizen sebenarnya adalah gabungan dua istilah Inggeris iaitu Net (network atau internet) dan Citizen (bangsa atau warga). Jadi, istilah Netizen sebenarnya merujuk kepada pengguna-pengguna internet yang terdiri dari pelbagai budaya, bangsa, dan agama yang wujud secara maya (virtual) di alam siber (internet).

Credits: http://www.mickstevens.com


Mengikut Michael Hauben*, penulis buku Netizens: On the History and Impact of Usenet and the Internet (Perspectives), Netizen adalah:

"...people who care about Usenet and the bigger Net and work towards building the cooperative and collective nature which benefits the larger world."

"...people who work towards developing the Net."

Laman ini disediakan untuk berkongsi ilmu, pengalaman, pendapat, dan apa-apa yang difikirkan akan memanfaatkan Netizen semua dengan harapan kita mampu membentuk satu generasi Netizen yang selamat, beretika, dan saling bantu-membantu untuk menjaga kebajikan bersama. Laman ini telah dibangunkan oleh penulis sebagai memenuhi kriteria dan memanfaatkan ilmu yang diperolehi menerusi program 1Citizen anjuran Prestariang Sdn. Bhd. (Klik untuk informasi berkenan 1Citizen)

 

* Catatan: Michael Hauben, Ronda Hauben, and Thomas Truscott (1997-04-27). Netizens: On the History and Impact of Usenet and the Internet (Perspectives). Wiley-IEEE Computer Society P.ISBN 0-8186-7706-6.